Kegunaan Kalkulator Pinjaman

Apabila kita membuat pinjaman kewangan atau pinjaman peribadi, biasanya kita akan dikenakan caj faedah. Walaupun dalam perbankan Islam, masih ada caj tambahan yang dikenakan. Caj ini tertakluk kepada jumlah yang kita pinjam serta tempoh masa bayaran balik sepenuhnya. Untuk mengetahui berapa kadar faedah atau caj tambahan yang perlu dibayar, kita boleh gunakan kalkulator pinjaman peribadi.

Ia lebih mudah digunakan berbanding kalkulator biasa dan kiraannya juga lebih tepat. Ini kerana ia telah diprogram untuk mengira mengikut jumlah wang dan peratus kadar faedah yang dimasukkan ke ruangan masing-masing. Mari ketahui dengan lebih lanjut mengenai kalkulator ini.

Apa Itu Kalkulator Pinjaman Peribadi

Kalkulator pinjaman peribadi sebenarnya bukanlah sebuah kalkulator yang boleh dipegang seperti kalkulator matematik.

Sebaliknya, ia merupakan alat kalkulator yang terdapat online atau atas talian di Internet. Anda boleh menggunakan kalkulator ini untuk mengira jumlah bayaran balik pinjaman yang perlu dibuat setiap bulan berdasarkan perjanjian pinjaman peribadi yang telah atau bakal diambil. Anda juga boleh melihat jumlah keseluruhan yang akan dibayar selepas tamat tempoh pembayaran.

Biasanya, kalkulator ini ada menyediakan ruang di mana anda boleh masukkan maklumat jumlah yang dipinjam, tempoh masa pinjaman dan kadar faedah.

Kemudian, dengan satu ‘klik’ sahaja anda akan dapat melihat berapa bayaran bulanan yang perlu dibuat. Untuk mengetahui jumlah yang anda bayar pula, gandakan sahaja jumlah bulanan tersebut dengan jumlah bulan mengikut tempoh bayaran balik anda.

Malah, ianya lebih mudah dikira jika menggunakan kalkulator pinjaman peribadi CASHWAGON yang terdapat di laman utamanya. Anda cuma perlu masukkan jumlah wang yang ingin anda pinjam dan ia terus memberitahu anda jumlah bayaran balik sepenuhnya. Semuanya boleh dilihat sekilas pandang sahaja.

Bagaimana Dapat Kalkulator Pinjaman Peribadi Bantu Saya?

Kalkulator pinjaman peribadi ini sebenarnya amat berguna kerana anda dapat melihat jumlah bayaran balik semula berbanding jumlah wang yang dipinjam. Dengan itu, anda dapat merancang kewangan anda dengan lebih efisien.

Antara kebaikan menggunakan kalkulator pinjaman peribadi:

  • Dapat melihat berapa jumlah pembayaran balik secara menyeluruh
  • Anda boleh bandingkan kadar faedah daripada pemberi pinjam wang yang berbeza
  • Juga membantu anda melihat jumlah bayaran balik keseluruhan pinjaman daripada beberapa syarikat pemberi pinjam wang yang berbeza
  • Memudahkan untuk anda menyusun kewangan anda dengan lebih baik
  • Membantu anda mengawal perbelanjaan bila dapat melihat jumlah bayaran balik yang perlu anda sediakan tiap-tiap bulan.