Apr 18, 2019

Mengapa Pinjaman Tunai Online Disukai Ramai

Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan bebas hutang adalah cara hidup paling ideal. Namun, tidak ramai yang dapat ikuti cara ini. Ianya realiti kehidupan yang kadang-kala kita akan perlukan wang lebih daripada pendapatan. Ia mungkin disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan atau untuk memenuhi keperluan hidup.

Oleh itu, kadang-kala kita terpaksa berhutang atau meminjam wang. Jika mahu meminjam pula, biarlah meminjam dengan bijak dan berhemah. Jangan pula nanti hutang kita menjerut diri sendiri. Sebab itulah pinjaman tunai online paling disukai oleh ramai orang kerana ia telus.

Bila memohon pinjaman tunai online, anda dapat lihat dengan mudah jumlah pinjaman, tempoh pinjaman serta jumlah yang perlu dibayar balik.

Kelebihan Pinjaman Tunai Online

Berikut kelebihan memohon pinjaman tunai online berbanding pinjaman konvensional:

  • Telus
  • Jumlah pinjaman, tempoh bayar balik dan jumlah bayar balik dapat dilihat dengan mudah
  • Biasanya pinjaman berjumlah rendah jadi caj pun rendah dan mudah untuk bayar balik bulan-bulan
  • Tempoh bayar balik juga singkat jadi anda lebih cepat bebas hutang
  • Kalkulator pinjaman online tunai beri peluang anda lihat dahulu berapa bayaran bulanan sebelum anda memohon
  • Pinjaman tunai online tidak perlukan bermacam-macam dokumen untuk memohon
  • Jumlah wang yang dimohon akan masuk ke akaun anda secepat 24 jam

Jadi, boleh dikatakan bahawa dengan membuat pinjaman tunai online, anda dapat mengawal kewangan anda dengan lebih baik. Sesetengah pemberi pinjaman tunai online seperti Cashwagon pula akan berikan anda jumlah pinjaman yang lebih tinggi jika anda berjaya membuat bayaran balik bagi pinjaman terdahulu dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Ia salah satu cara memupuk disiplin dalam membuat bayaran balik serta membuka peluang yang lebih luas buat peminjam yang berdisplin. Malahan, kelebihan memohon pinjaman tunai online di Cashwagon ialah ia tidak memerlukan anda menyediakan slip gaji. Mereka yang pernah disenarai hitam juga punyai peluang untuk lulus permohonan pinjaman yang lebih tinggi berbanding memohon pinjaman tunai cara lain.

Pinjaman Selain Pinjaman Tunai Online

Selain daripada pinjaman tunai online atau atas talian, jenis pinjaman lain yang sering dilakukan individu adalah seperti berikut:

  • Pinjaman bank konvensional
  • Meminjam daripada pemberi pinjam wang individu seperti ahlong atau ceti
  • Meminjam daripada kawan-kawan atau saudara mara
  • Memajakkan barang kemas untuk pinjaman tunai

Jenis-jenis pinjaman ini biasa dilakukan selama ini, namun ia punyai beberapa masalah. Antaranya termasuk perlu menyediakan beberapa dokumen, isi pelbagai borang dan juga menyediakan slip gaji. Oleh itu, ia tidak sesuai buat individu yang bekerja sendiri atau mendapat gaji harian.

Selain itu, kadar bunga yang dikenakan juga agak tinggi dan kadang-kala ianya bertambah dengan mendadak jika anda gagal membuat bayaran sebelum tarikh yang ditetapkan. Ataupun, jika anda gagal membuat bayaran untuk pajakan, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada barang berharga yang telah anda pajakkan.

Meminjam daripada kawan-kawan dan saudara mara pula mungkin satu pengalaman yang memalukan, dan boleh meregangkan tali persaudaraan jika timbul rasa tidak puas hati. Oleh itu, membuat pinjaman tunai online atau secara atas talian mungkin pilihan terbaik buat ada agar dapat meminimakan segala risiko kepada diri sendiri serta orang sekeliling anda.

Apr 18, 2019