Apr 15, 2019

Kelebihan Pinjaman Tunai Berbanding Kredit Dari Bank

Bila kesempitan wang, atau memerlukan wang lebih, biasanya kita ada beberapa pilihan dalam mendapatkan pinjaman wang tunai ini. Antara pilihan tersebut termasuk:

  • Pinjaman peribadi
  • Menggunakan kad kredit
  • Mendapatkan pinjaman gaji daripada majikan

Namun bukan semua orang dapat membuat pinjaman awalan gaji daripada majikan. Ada yang bekerja sendiri dan ada yang mendapat gaji harian. Tidak kurang juga yang mana majikannya tidak menawarkan pinjaman ini.

Oleh itu, seseorang yang perlukan pinjaman wang segera perlu membuat pinjaman peribadi atau gunakan kad kreditnya. Pinjaman peribadi pula boleh didapati daripada beberapa sumber seperti berikut:

  • Pinjaman daripada kenalan
  • Pinjaman tunai atau pinjaman tunai online daripada syarikat pemberi pinjam wang
  • Pinjaman bank konvensional

Sumber-Sumber Pinjaman Peribadi

Di sini, pinjaman terbaik merupakan pinjaman daripada kenalan, asalkan mereka tidak kenakan caj tambahan atau kadar faedah. Namun, mungkin kita tidak selesa meminjam sejumlah wang daripada rakan atau ahli keluarga. Jadi, kita beralih ke pinjaman tunai daripada syarikat pemberi pinjam wang pula, atau memohon pinjaman daripada bank.

Tolak tepi pinjaman wang daripada syarikat yang memberi khidmat seperti ahlong yang mengenakan kadar bunga yang teramat tinggi, mari kita bandingkan kelebihan membuat pinjaman tunai dengan syarikat pemberi pinjam wang berlesen berbanding kelebihan membuat pinjaman daripada bank, sama ada pinjaman peribadi atau melalui penggunaan kad kredit.

Pinjaman Tunai vs Pinjaman Kredit Bank

Anda boleh membuat permohonan untuk meminjam daripada syarikat pemberi pinjaman tunai berlesen dengan mudah jika perlukan pinjaman wang tunai segera. Ia sebenarnya punyai proses yang amat mudah dan tidak perlukan pelbagai dokumen. Malahan sesetengah pemberi pinjaman wang tunai atas talian tidak perlukan anda menyediakan slip gaji pun. Oleh itu, pinjaman tunai seperti ini amat sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri atau mengambil gaji harian tanpa rekod.

Jika membuat pinjaman tunai online dengan syarikat seperti Cashwagon pula, anda dapat lihat sendiri berapa caj yang dikenakan untuk jumlah yang ingin dipohon sebelum membuat permohonan. Gunakan sahaja kalkulator pinjaman online yang terdapat di muka utama laman Internet Cashwagon. Jangan terkejut jika melihat bahawa caj tambahannya terlalu rendah. Ini merupakan salah satu kelebihan membuat permohonan pinjaman wang tunai online daripada Cashwagon.

Ciri-Ciri Pinjaman Tunai Online

Antara kelebihan lain memohon pinjaman wang tunai online termasuk seperti berikut:

  • Tidak perlukan banyak dokumen
  • Tidak perlukan slip gaji
  • Tidak perlu ke mana-mana cawangan untuk membuat permohonan. Lakukan secara atas talian atau online sahaja
  • Kadar caj yang sangat rendah
  • Pinjaman jangka pendek jadi anda lebih cepat menjadi bebas hutang
  • Boleh menerima jumlah yang dipinjam secepat 24 jam
  • Boleh meminjam amaun yang rendah, jadi meminimakan caj tambahan yang perlu dibayar, jumlah bayaran setiap bulan dan tempoh bayaran balik

Ciri-Ciri Pinjaman Kredit Dari Bank

Sebaliknya, mendapatkan kredit daripada bank konvensional pula, sama ada dengan membuat pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit, ada kelebihan dan kekurangan seperti berikut:

  • Boleh meminjam dalam jumlah yang lebih besar namun caj atau faedah yang dikenakan amat tinggi
  • Perlukan pelbagai dokumen, dan dalam beberapa salinan pula
  • Duit lambat masuk ke akaun
  • Anda akan berhutang dengan bank untuk tempoh yang agak lama
  • Lebih lama tempoh bayaran balik, lebih tinggi risiko skor kredit anda menjadi buruk, andainya terjadi apa-apa yang tidak diingini seperti terlepas bayaran sebulan dua
  • Kad kredit boleh digunakan dengan segera namun faedah bulanannya teramat tinggi, terutama jika anda hanya mampu membuat bayaran minima setiap bulan dan tidak dapat melunaskan keseluruhan jumlah yang dipinjam
  • Dengan kad kredit, anda akan berhutang dengan bank serta membayar faedah setiap bulan untuk selama-lamanya selagi anda tidak melangsaikan jumlah keseluruhan atau membatalkan kad tersebut

Kelebihan Pinjaman Tunai Online Dengan Raphael Enterprise

Kesimpulannya, jika anda perlu meminjam wang dalam jumlah yang tidak begitu besar, pinjaman tunai online daripada syarikat pemberi pinjam wang berlesen mungkin jawapan terbaik. Pinjaman rendah risiko, caj pun rendah, dan tempoh bayar balik pun sekejap sahaja berbanding kredit bank. Membuat pinjaman tunai online dengan Cashwagon teramat telus dan mudah, dan tidak membebankan diri sendiri.

Apr 15, 2019