Feb 15, 2019

Di Manakah Boleh Saya Pinjam Wang?

Apabila kita berdepan dengan situasi di mana kita tiba-tiba perlu guna wang lebih daripada biasa, kadang-kala memang tiada cara lain melainkan untuk meminjam daripada pihak lain.

Kita mungkin perlu perbaiki kereta, beli perkakas rumah baru bagi menggantikan yang telah rosak, perlu membayar bil hospital yang tinggi, dan lain-lain. Malang memang tidak berbau dan kita mungkin tidak bersedia untuk menghadapinya.

Dari segi kewangan, ada tiga sumber utama untuk meminjam wang yang biasa dilakukan umumnya iaitu meminjam daripada ahli keluarga atau kawan, meminjam daripada bank, atau meminjam daripada syarikat peminjam wang yang lain.

3 Sumber Paling Popular Untuk Pinjam Wang

Apabila perlu meminjam wang, biasanya kita akan meminjam daripada salah satu daripada 3 sumber utama seperti berikut:-

1. Ahli Keluarga Atau Kawan

Cara paling senang untuk meminjam wang. Biasanya, bila kita berhutang dengan ahli keluarga atau kawan, mereka tidak akan mengenakan kadar faedah. Lagi satu kelebihan ialah biasanya tiada tempoh tepat sebelum hutang perlu dibayar. Walau bagaimanapun, kita cuma dapat pinjam wang yang diperlukan hanya jika orang yang kita kenal itu punyai sejumlah wang seperti yang diperlukan.

Lagi satu, kalau kita tidak berjaya membayar hutang tepat pada masanya, ia mungkin menyebabkan perhubungan keluarga atau sebagai kawan, retak. Di situ risiko meminjam daripada ahli keluarga atau kawan-kawan.

2. Pinjaman Bank

Untuk membuat pinjaman daripada bank, biasanya peminjam perlu sediakan slip gaji untuk beberapa bulan sebagai bukti punyai pekerjaan tetap. Namun, ini merupakan masalah untuk mereka yang bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Memohon pinjaman daripada bank juga tidak begitu ideal kerana ia memakan masa. Peminjam perlu tunggu beberapa hari hingga ke beberapa minggu sebelum diberikan wang yang diperlukan. Selain itu, kadar faedah yang dikenakan bank juga agak tinggi.

3. Syarikat Pemberi Pinjam Wang Lain

Selain daripada institusi perbankan, terdapat syarikat pemberi pinjaman lain yang dapat memberi pinjaman wang. Antara syarikat ini termasuk pihak seperti “ah long”, yang patut dielakkan kerana kadar faedahnya terlampau tinggi dan hanya akan menjerat diri sendiri.

Lebih baik anda meminjam daripada syarikat pemberi pinjaman wang berlesen yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Antara syarikat pemberi pinjaman wang berlesen ini pula, terdapat syarikat yang menawarkan pinjaman online, iaitu secara atas talian. Memohon pinjaman wang online agak mudah kerana anda cuma perlu berikan nama serta nombor telefon dan anda akan dihubungi oleh wakil syarikat. Proses permohonan menjadi lebih mudah.

Selain itu, dengan memohon atas talian, anda juga dapat melihat jumlah pinjaman, jumlah bayaran dan tempoh bayaran dengan jelas. Contohnya, di CASHWAGON (MY) SDN BHD, anda boleh bermain dengan fungsi kalkulator di laman utama di mana anda boleh melihat jumlah bayaran balik dan tarikh pembayaran pertama berdasarkan jumlah wang yang ingin anda pohon. Ianya mudah dan telus.

Semoga anda bijak membuat pilihan dalam memilih sumber pinjaman wang agar ia betul-betul membantu dan tidak memudaratkan diri sendiri.

Feb 15, 2019