Feb 03, 2019

Cara Memohon Pinjaman Wang Walaupun Punyai Rekod Kredit Buruk

Tahukah anda bahawa jika anda punya skor kredit (credit score) yang buruk atau rendah, ia akan menyukarkan anda untuk memohon pinjaman wang? Biasanya pihak bank tidak akan meluluskan pinjaman mahupun permohonan kad kredit kepada mereka yang memiliki skor kredit buruk.

Jadi bagaimana boleh anda tahu jika skor kredit anda baik atau buruk? Ada beberapa penanda untuk menentukan kedudukan anda di sini.

Adakah rekod kredit anda baik atau buruk?

Secara amnya, anda boleh agak sendiri jika skor kredit anda baik atau buruk berdasarkan tabiat anda dalam membuat bayaran balik bagi apa sahaja pinjaman. Sama ada pinjaman perumahan, pinjaman kereta, malahan pinjaman pendidikan, serta bayaran bulanan kad kredit - adakah anda membuat bayaran balik tepat pada masanya?

Jika anda sering “tercicir” untuk membuat bayaran, yakinlah bahawa skor kredit anda tidak begitu cantik. Walaupun anda belum tersenarai dalam senarai hitam atau blacklist, anda masih dilihat sebagai seorang peminjam yang berisiko. Oleh itu, sukar untuk pihak bank meluluskan sebarang permohonan pinjaman yang anda kemukakan.

Jika anda mahukan kepastian jika skor kredit anda benar-benar pada paras buruk, anda boleh memohon maklumat Laporan Kredit Peribadi daripada Bank Negara. Perkhidmatan ini adalah percuma. Selain itu, anda juga boleh rujuk agensi seperti CTOS atau RAM Credit Information yang akan berikan maklumat terperinci mengikut sistem permakahan mereka. Perkhidmatan ini mengenakan caj-caj tertentu namun mereka juga akan membantu anda menyusun langkah untuk mencantikkan balik skor kredit anda.

Bolehkah peminjam dengan skor kredit buruk mendapatkan pinjaman?

Jika anda rasa kemungkinan besar skor kredit anda buruk namun anda perlu membuat pinjaman kewangan untuk sebab-sebab tertentu, usah gusar kerana masih ada caranya.

Ada beberapa pihak peminjam kewangan yang akan memberi pinjaman wang kepada mereka yang punyai kredit buruk. Antaranya termasuk:-

  • Pemberi pinjaman wang berlesen
  • Pemberi pinjaman wang tidak berlesen (yang patut anda hindari atau elakkan)
  • Syarikat pajak gadai
  • Pemberi pinjaman wang berlesen atas talian

Cara membuat pinjaman wang paling mudah walaupun skor kredit buruk

Antara kesemua pemberi pinjam wang ini, cara yang paling mudah dan rendah risiko adalah melalui syarikat pemberi pinjaman wang berlesen atas talian. Kelebihannya seperti berikut:

  • Ia tidak memerlukan pelbagai dokumen seperti di syarikat pinjaman wang berlesen konvensional
  • Caj yang dikenakan jauh lebih murah daripada kadar faedah yang disyaratkan oleh “ah long” atau “ceti”
  • Dan ia tidak memerlukan cagaran barang kemas atau barang berharga seperti di syarikat pajak gadai.

Anda cuma perlu ke laman web pemberi pinjam online berlesen seperti CASHWAGON (MY) SDN BHD, berikan butiran yang diminta iaitu cuma nama seperti dalam kad pengenalan, nombor telefon anda agar mudah untuk dihubungi, dan nyatakan jumlah wang yang ingin dipohon pinjaman.

Selepas itu, staf Cashwagon akan menguruskan proses permohonan anda dan menghubungi anda sebelum wang dimasukkan ke dalam akaun anda secepat 24 jam. Prosesnya cepat dan paling mudah dan sesuai untuk mereka yang punyai skor kredit yang buruk.

Feb 03, 2019