May 10, 2019

Apa Pemohon Pinjaman Kali Pertama Perlu Tahu

Jika anda mahu memohon pinjaman kewangan buat kali pertama, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu. Membuat pinjaman kewangan bukan semudah mengisi borang dan memohon sejumlah wang. Terdapat beberapa kriteria yang akan menentukan terma pinjaman anda, seperti berikut:

  1. Pendapatan bulanan anda
  2. Skor kredit anda
  3. Kos saraan bulanan anda

Mari kita kupas setiap ciri ini satu-persatu dan bagaimana ia memberi kesan kepada permohonan pinjaman anda.

Pendapatan bulanan anda menentukan jumlah pinjaman yang diluluskan

Seseorang pelanggan pinjaman tidak boleh memohon sebarang jumlah pinjaman sewenang-wenangnya. Ia bergantung kepada keupayaan bayaran balik si peminjam. Maklumat ini ditentukan berdasarkan beberapa perkara dan yang pertama sekali yang akan dilihat adalah gaji atau pendapatan peminjam. Jika gaji anda dalam RM1,500 sebulan, agak sukar untuk anda memohon sejumlah pinjaman sebanyak RM20,000 contohnya. Pegawai bank akan maklumkan kepada anda jumlah yang lebih layak anda pinjam berdasarkan pendapatan bulanan anda.

Skor kredit juga menentukan jumlah pinjaman yang diluluskan

Jika anda punyai skor kredit yang buruk, tidak bermakna permohonan anda automatik tidak diluluskan. Namun, ia mungkin menyebabkan jumlah yang diluluskan lebih rendah, sementara kadar faedah yang dikenakan pula lebih tinggi. Tempoh pinjaman pula mungkin lebih lama.

Ini bermaksud jumlah keseluruhan bayaran balik adalah lebih tinggi berbanding terma pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah dan tempoh yang lebih pendek. Kebiasaannya tempoh bayar balik pinjaman adalah antara 2 tahun ke 10 tahun. Ini bergantung kepada jumlah pinjaman.

Kos saraan bulanan juga memainkan peranan

Anda mungkin punyai gaji yang besar namun jika anda punyai komitmen yang banyak kemungkinan permohonan pinjaman anda diluluskan agak rendah. Antara komitmen yang akan disemak oleh pihak bank atau pemberi pinjam wang termasuk bayaran kereta, rumah, kad kredit, pinjaman pendidikan, dan hutang-hutang atau pinjaman-pinjaman lain. Jika gaji anda RM4,000 sekali pun, namun kos saraan anda mencecah RM3,500 sebulan, sukar untuk pihak peminjam meluluskan permohonan anda.

Ini antara perkara yang perlu anda tahu sebelum membuat permohan pinjaman daripada bank atau pemberi pinjam wang berlesen. Jika anda mahu membuat pinjaman mikro yang boleh dilangsaikan dalam tempoh masa yang cepat tanpa caj atau kadar faedah yang tinggi, anda boleh ke laman web Cashwagon untuk meminjam sehingga RM2,000. Dengan menggunakan aplikasi atas talian Cashwagon, anda boleh melihat dengan mudah berapa jumlah yang perlu dibayar balik berdasarkan jumlah yang ingin dipinjam. Prosesnya juga mudah, iaitu dengan hanya mendaftarkan nama dan nombor telefon bimbit anda.

May 10, 2019