Apr 24, 2019

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Bank

Kadang-kala akan tiba masanya bila kita perlukan sejumlah wang yang banyak untuk sesuatu keperluan. Antara keperluan ini termasuk renovasi rumah, kecemasan hospital, kos perbaiki kereta, untuk menggantikan barang yang rosak di rumah contohnya mesin basuh atau peti sejuk, dan sebagainya. Lantas, untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ini, semestinya perlukan duit. Demikian, cara paling cepat untuk dapatkan duit ini adalah melalui pinjaman wang ataupun pinjaman bank.

Namun, walaupun prosesnya kini sudah lebih mudah berbanding dahulu, masih ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebelum memohon pinjaman bank:

1. Jenis-jenis pinjaman bank

Terdapat beberapa jenis pinjaman bank yang ditawarkan. Bagi memenuhi masalah-masalah kecemasan seperti di atas, biasanya peminjam akan memohon pinjaman online. Jika permohonan diluluskan, peminjam akan diberikan sejumlah wang seperti yang dipohon, di mana pembayaran balik perlu dibuat secara ansuran setiap bulan selama beberapa tahun. Biasanya, perjanjian pinjaman peribadi dibuat bagi tempoh 2 hingga 5 tahun sahaja.

Selain pinjaman peribadi, pinjaman bank lain termasuk pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan pinjaman pendidikan.

2. Jumlah wang yang boleh dipinjam

Biasanya, jumlah pinjaman peribadi adalah antara RM1000 ke RM100,000 (bagi yang betul-betul layak). Amaun maksima yang boleh anda pohon bergantung kepada gaji bulanan anda, hutang-hutang anda yang lain seperti pinjaman kereta dan kad kredit, dan anggaran kemampuan anda untuk bayar balik setiap bulan. Semua ini akan disemak oleh pihak bank dengan merujuk kepada skor kredit anda.

3. Kesan kepada skor kredit anda

Apabila pihak bank menyemak skor kredit anda sebelum meluluskan permohonan pinjaman bank, skor kredit anda mungkin akan terkesan sedikit. Seeloknya, pastikan yang anda penuhi kriteria yang diperlukan oleh pihak bank agar permohonan pinjaman anda akan diluluskan. Jika tidak, skor kredit anda kelihatan buruk kepada pemberi pinjaman wang yang seterusnya. Skor ini pula mungkin akan kekal sehingga 2 tahun.

Jika tidak mahu pihak bank menyemak skor kredit anda, lebih baik jika memohon pinjaman dengan bank di mana anda sudah ada akaun. Ini kerana pihak bank cuma perlu menyemak rekod anda bersama mereka dan tidak perlu memuka pertanyaan dengan agensi skor kredit. Sementara itu, setelah permohonan pinjaman anda diluluskan pula, pastikan anda membuat bayaran balik tepat pada masanya setiap bulan jika tidak mahu skor kredit anda bertambah teruk.

4. Kadar faedah dan caj-caj lain

Kadar faedah yang dikenakan bersama dengan segala caj-caj lain mungkin menyebabkan jumlah bayaran balik bagi pinjaman anda menjadi jauh lebih tinggi daripada jumlah pinjaman yang asal. Kadar faedah ini juga berbeza-beza mengikut bank. Kemudian, jumlah keseluruhan pembayaran balik yang perlu anda buat juga berbeza mengikut tempoh masa pinjaman anda. Oleh itu, untuk membayar balik kadar faedah yang minima, cuba ambil pinjaman bagi tempoh masa sependek yang boleh, asalkan anda mampu membuat bayaran balik setiap bulan.

Jika anda perlukan pinjaman wang mikro dalam jumlah yang kecil, pinjaman peribadi daripada pemberi pinjam wang online atau atas talian seperti Cashwagon mungkin lebih bagus. Ini kerana anda boleh melihat sendiri sekilas pandang berapa jumlah yang perlu anda bayar balik, jumlah caj tidak tinggi berbanding jumlah pinjaman, dan tempoh pinjaman tidak lama. Ia kurang membebankan dan mudah pula untuk dipohon.

Apr 24, 2019