Apr 10, 2019

6 Cara Mudah Agar Tidak Terlebih Belanja Di Pasar Raya

Kadang kala bila membeli barang keperluan dapur di pasar raya, kita pasti akan terambil dan terbayar untuk barangan yang sebenarnya tidak diperlukan. Kalau anda antara mereka yang bersalah melakukan kesilapan ini, ikuti 6 tip di bawah jika anda insaf dan tidak mahu mengulanginya lagi.

Tip 1: Beli Barang Yang Ada Dalam Senarai Sahaja

Sebelum melangkah keluar rumah, senaraikan dahulu barangan yang perlu dibeli. Selepas disenaraikan, semak senarai dan pangkah dahulu mana-mana barang yang tidak begitu penting. Ini langkah pertama dalam berjimat ketika di pasar raya. Kemudian, bila tiba di kedai, pastikan anda hanya mengambil barang penting yang ada di senarai sahaja. Jangan ikut perasaan untuk mengambil apa-apa barangan lain yang tidak diperlukan.

Tip 2: Tidak Perlu Membeli Barangan Berjenama

Mungkin kita sudah terbiasa membeli barangan berjenama dan yakin dengannya. Bagaimana pun, ketahuilah bahawa kadang kala barangan cap pasar raya tersebut atau cap jenama yang lebih murah sebenarnya sama sahaja kualitinya.

Selalunya, barangan yang bukan berjenama terkenal ini lebih murah. Biasanya ini kerana barangan ini tidak diiklankan secara besar-besaran oleh pengeluarnya, jadi kos pengiklanan tidak termasuk dalam kos barangan tersebut. Contohnya anda boleh membeli ikan sardin dalam tin atau tepung jemput-jemput udang berjenama cap pasar raya tersebut, berbanding Cap Itik atau Cap Rumah yang lebih popular (sebagai contoh sahaja).

Tip 3: Abaikan Promosi Pakej Barangan Pukal Jika Tidak Perlu

Tentu anda pernah lihat atau beli barangan yang telah dipakejkan beberapa unit dalam satu pakej. Contohnya, 3 botol syampu atau sabun mandi untuk harga yang lebih murah bagi setiap botol. Ingat bahawa harganya untuk sebotol mungkin lebih murah, namun jumlah yang akan anda bayar di juruwang nanti akan bertambah.

Apa gunanya anda “berjimat” membeli syampu untuk tiga bulan jika anda kekeringan wang di kala hujung bulan? Bolehkah anda jual kembali syampu tersebut untuk mendapatkan duit isi minyak kereta? Bagaimana pun, jika ianya sesuatu yang memang anda perlukan dan ada dalam senarai, contohnya anda memang mahu membeli tiga tin sardin bulan ini, maka ini merupakan peluang terbaik untuk penjimatan terhebat.

Tip 4: Bawa Kalkulator Untuk Pastikan Anda Berbelanja Dalam Lingkungan Bajet

Walaupun anda berdisiplin dalam membeli hanya barangan yang terdapat dalam senarai, anda perlu kira jumlah keseluruhan harga yang akan dibayar. Mungkin anda tidak perasan tetapi rupanya harga keseluruhan sudah terlebih daripada bajet yang ditetapkan. Jika ini terjadi, anda perlu melihat balik apa barangan dalam troli yang boleh dikeluarkan.

Ia mungkin boleh digantikan dengan sesuatu yang sudah ada di rumah, atau tidak begitu penting kali ini. Contohnya, mungkin anda tidak perlukan tepung untuk buat kek, dan boleh memilih untuk membuat agar-agar yang lebih murah dan lebih mudah disediakan. Mungkin anda tidak perlu membeli teh dalam uncang dan boleh digantikan dengan teh serbuk yang boleh anda buat menggunakan tapis teh di rumah. Ada bermacam-macam cara untuk mengekalkan perbelanjaan di bawah bajet jika anda berfikir secara kreatif.

Tip 5: Makan Di Rumah Sebelum Ke Pasar Raya

Sama seperti membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan, anda akan cenderung terlebih beli jika sedang lapar. Oleh itu, pastikan anda makan dengan kenyang terlebih dahulu sebelum membeli agar tidak terlebih belanja di pasar raya. Tambahan pula, berjalan sambil mengambil barang merupakan senaman yang baik selepas makan.

Tip 6: Jangan Bawa Anak-Anak Ke Pasar Raya

Percayalah, anak-anak merupakan halangan terhebat untuk berjimat semasa ke pasar raya. Anda mungkin akan rasa kasihan kepada mereka dan membeli jajan atau mainan untuk menggembirakan mereka, atau terpaksa belikan sesuatu agar mereka duduk diam dan tidak merusuh semasa di pasar raya.

Tidak Dapat Mengelak Daripada Berbelanja Lebih?

Kami faham jika kadang kala anda memang perlu berbelanja lebih daripada kemampuan. Mungkin ada acara penting seperti perayaan atau perlu sediakan makanan untuk sambutan peristiwa di sekolah anak, atau juga memang terpaksa membeli sesuatu yang penting seperti periuk baru kerana yang lama sudah bocor.

Anda boleh memohon pinjaman tunai online daripada Cashwagon untuk perbelanjaan kecemasan seperti ini agar kualiti hidup anda tidak terjejas. Pinjaman tunai online boleh dipohon di laman utama Cashwagon bermula daripada jumlah serendah RM300 untuk perbelanjaan kecil yang tidak diduga.

Apr 10, 2019