Mar 15, 2019

5 Tip Penting Buat Peniaga Kecilan Yang Baru Mulakan Bisnes

Adakah anda bertekad untuk merubah nasib diri sendiri atau keluarga dengan memulakan bisnes atau perniagaan secara kecil-kecilan? Jika ini merupakan impian anda, memang tidak salah untuk bercita-cita tinggi namun anda perlu mulakan perniagaan anda menurut langkah-langkah yang betul agar tidak kecundang di tengah jalan. Lebih buruk lagi, anda tidak mahu kegagalan dan menyebabkan kerugian wang yang besar disebabkan perniagaan anda gagal.

Oleh itu, untuk pastikan bisnes anda berjaya, berikut merupakan beberapa langkah penting yang perlu anda ikuti:

  1. Pilih untuk menjual produk yang senang dijual
  2. Sediakan rancangan perniagaan yang strategik
  3. Lakukan analisa pulang modal untuk keuntungan maksimum
  4. Kumpul sebanyak duit yang perlu sebelum memulakan perniagaan
  5. Promosikan produk anda sebanyak yang mungkin

Mari kita kupas setiap tip ini satu-persatu.

Pilih Untuk Jual Produk Yang Mudah Dijual

Dalam erti kata lain, carilah produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran, namun tidak ramai peniaga yang menjualnya. Contohnya, beg tangan yang comel namun murah berkemungkinan lebih mudah dijual berbanding setokin sekolah berwarna putih (ya, mungkin perbezaan ini agak ekstrem, namun kami yakin anda faham maksud kami). Ramai gadis dan wanita di luar sana sering tercari-cari aksesori fesyen yang membuatkan mereka nampak lain dari yang lain, namun punyai bajet kecil.

Bagaimana pun, bagi pihak anda pula, pastikan barang yang ingin dijual itu mudah untuk didapatkan stok. Kenal pasti pembekal yang boleh menyediakan produk yang anda perlukan, ianya mudah untuk dihantar ke kedai atau tempat simpan barang anda, dan modalnya tidak terlalu tinggi. Anda boleh melihat ke laman web seperti Alibaba atau berkunjung ke tempat-tempat seperti Kenanga Mall untuk mencari produk yang murah namun menarik.

Sediakan Rancangan Perniagaan Yang Strategik

Merangka rancangan perniagaan yang strategik dan menyeluruh adalah penting untuk memastikan usaha anda bukan sia-sia sahaja. Banyak yang perlu anda pertimbangkan dalam memulakan perniagaan, termasuk yang berikut:

  • Jumlah produk atau unit yang perlu anda jual agar pulang modal serta mendapat keuntungan yang akan menjadi “gaji” anda
  • Jumlah masa anda perlu bertahan sebelum anda kehabisan modal
  • Cara-cara untuk mendapatkan keuntungan sebelum kehabisan modal
  • Analisa aliran tunai
  • Mengimbangkan antara harga produk, permintaan pelanggan dan juga keuntungan yang anda harapkan setiap bulan.

Lakukan Analisa Pulang Modal

Anda perlu faktorkan segala perbelanjaan perniagaan anda, termasuk sewa kedai (jika ada), gaji pekerja, modal stok produk atau modal pengeluaran, malahan segala bil-bil elektrik, air dan lain-lain. Pastikan keuntungan yang dianggarkan setiap bulan mampu membayar semua perbelanjaan ini serta dapat beri anda pendapatan yang diperlukan.

Jangan lupa, jika anda meminjam wang daripada mana-mana sumber untuk mulakan perniagaan, contohnya daripada pemberi pinjaman tunai online, anda perlu kira sekali berapa bayaran bulanan yang perlu disediakan. Baca dengan lebih lanjut lagi untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pinjaman tunai online.

Kumpul Dahulu Duit Sendiri Sebelum Mula Berniaga

Jika anda mula berniaga secara kecil-kecilan, adalah lebih baik jika anda kumpul modal yang diperlukan terlebih dahulu sebelum anda letak jawatan di tempat kerja atau memulakan bisnes. Dengan cara ini, anda tidak akan gusar untuk menyediakan sejumlah wang yang diperlukan setiap bulan untuk membayar balik pinjaman bank.

Bagaimana pun, jika anda perlukan sedikit sahaja lagi sebagai modal, anda boleh meminjam daripada pemberi pinjaman wang berdaftar, seperti CASHWAGON (MY) SDN BHD yang memberi pinjaman tunai online dalam jumlah kecil.

Jika layak, anda akan dapat wang yang diperlukan namun risikonya lebih rendah kerana bayaran bulanan bagi pinjaman online biasanya tidak mahal, sementara tempoh bayaran balik pula agak singkat. Anda boleh berniaga setiap bulan dengan senang hati.

Promosikan Produk Anda Sebanyak Yang Mungkin

Jika anda tidak promosikan atau iklankan produk anda, tiada siapa akan tahu tentang kewujudannya. Anda tidak akan punyai pelanggan. Bagaimana pun, di zaman serba canggih kini, terdapat pelbagai cara mudah untuk anda iklankan produk, terutamanya di Internet dan media sosial.

Malahan, mempromosi di media sosial merupakan cara paling murah untuk berhubung dengan orang ramai. Oleh itu, untuk promosi barang anda dan berjaya dalam bisnes, pastikan anda pelajari cara-cara terbaik mempromosi barangan anda di Internet. Semoga berjaya!

Mar 15, 2019