Apr 01, 2019

5 Tabiat Kewangan Buruk Yang Menghalang Anda Daripada Menabung

Siapa tidak mahu jumlah simpanan wang yang banyak dalam bank? Andai kata ada apa-apa kecemasan atau keperluan keluarga, tidaklah risau kerana ada sejumlah wang yang boleh digunakan. Sementara itu, masih ada lagi tabungan yang tersimpan untuk hari hujan. Bagaimana pun, berapa ramai antara kita yang ada simpanan wang yang selesa ini?

Nak berjimat setiap hari pun susah. Ada sahaja perkara yang perlukan perbelanjaan lebih. Jika anda seperti ini, mungkin tiba masanya untuk lihat balik tabiat kewangan anda dan buang tabiat-tabiat kewangan buruk yang menghalang anda daripada menabung.

Tabiat-Tabiat Kewangan Buruk Yang Patut Dibuang Jika Mahu Menabung

Berikut merupakan tabiat-tabiat kewangan buruk yang wajar dihentikan atau dijauhi jika mahu menambahkan tabungan atau simpanan peribadi:

1. Membeli Mengikut Perasaan

Mungkin anda tidak membeli barangan mahal sewenang-wenangnya, namun adakah anda sedar bahawa pembelian-pembelian kecil juga boleh menghalang anda daripada menabung?

Contohnya, jika anda terasa dahaga dan ingin membeli air di kedai runcit. Memadai jika membeli air suling berharga RM1 daripada membeli air manis yang berharga hampir RM3. Bayangkan jika anda dapat simpan RM2 sehari, dalam sebulan anda ada lebihan sebanyak RM60. Dalam setahun, jumlah ini menjadi RM720. Itu baru satu barang. Jika anda dapat mengurangkan jenis lauk yang diambil semasa membeli nasi campur untuk makan tengah hari di pejabat, contohnya, anda dapat simpan sebanyak RM1 ke RM3 lagi sehari.

Oleh itu, terapkan niat untuk berjimat apabila membuat pembelian harian dan banyak yang dapat anda jimat dan simpan dalam masa sebulan dan seterusnya setahun.

2. Tidak Mempunyai Matlamat Simpanan

Seeloknya, anda perlu ada matlamat jumlah tabungan yang mesti dicapai dalam tempoh masa tertentu. Dengan cara ini dapat membantu anda fokus kepada tujuan utama anda. Anda boleh mulakan dengan sasaran kecil, contohnya RM200 pada hujung bulan. Ikut kemampuan anda selepas ditolak perbelanjaan keperluan seperti duit minyak kereta, susu dan lampin anak dan sebagainya.

Jika anda tiada matlamat simpanan, dikhuatiri anda mudah berpuas hati dengan jumlah yang terlalu kecil, contohnya RM50 di hujung bulan. Dunia ini banyak dugaan, wahai saudara dan saudari. Ditakdirkan kereta rosak dan barang ganti campur upah pomen berharga RM45, duit tabungan hampir habis begitu sahaja.

Oleh itu, letakkan sasaran yang tinggi sedikit agar tabungan anda masih kukuh walaupun terpaksa pakai sedikit dalam situasi kecemasan.

3. Tidak Mencuba Langsung Untuk Berjimat

Sebenarnya, anda masih boleh mencari cara-cara untuk berjimat setiap hari, minggu dan bulan jika anda tahu caranya. Contohnya, jika anda sering makan di kedai makan pada waktu rehat di pejabat, anda boleh jimatkan perbelanjaan dengan membawa bekal.

Paling tidak, bawa air kosong sendiri daripada membeli air mahupun teh ‘o’ ais. Tiada masa untuk menyediakan bekal sebelum keluar rumah setiap pagi? Sediakan bekal awal-awal pada malam sebelumnya dan simpan dalam peti sejuk. Anda mungkin terpaksa mengubah sikap ingin makan masakan yang baru dimasak setiap kali makan, namun ia terpaksa dilakukan jika ingin berjimat.

Sekurang-kurangnya, cuba lakukan sebegini sehingga anda dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Selain itu, anda dapat berjimat dengan melakukan perkara-perkara lain seperti keluar rumah pada waktu awal pagi agar dapat mengelak daripada terkandas dalam kesesakan lalulintas lantas dapat menjimatkan duit minyak. Anda juga boleh memantau kegunaan tenaga elektrik serta air di rumah agar tidak membayar bil yang terlalu tinggi.

4. Melanggan Terlalu Banyak Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan

Adakah anda melanggan beberapa jenis perkhidmatan siaran televisyen kerana mengikuti beberapa rancangan menarik di setiap perkhidmatan ini? Di zaman Internet di mana hiburan mudah didapati di mana-mana, anda tidak lagi perlukan perkhidmatan-perkhidmatan yang meletakkan harga langganan yang tinggi.

Lebih-lebih lagi bila anda dapat menonton rancangan hiburan secara percuma di media sosial, media pengstriman (streaming media) di Internet dan sebagainya. Bagi penyedia khidmat siaran konvensional, apa kata anda ambil pakej-pakej yang paling asas sahaja bagi memenuhi keperluan yang tidak dapat dipenuhi oleh perkhidmatan percuma?

Tentu banyak dapat anda jimat. Selain itu, semak semula langganan perkhidmatan lain yang anda gunakan. Bolehkah anda ambil pakej talian telefon yang lebih murah? Jika anda berhenti bayaran bulanan untuk ke gym, bolehkah anda mendisiplinkan diri untuk bersenam di taman setiap hari? Jika anda benar-benar ingin membina tabungan kecemasan yang mantap, tentu boleh!

5. Terlalu Bergantung Kepada Kad Kredit

Kad kredit itu sebenarnya merupakan lubuk hutang yang tiada dasar, melainkan anda betul-betul bijak menggunakannya dan dapat bayar balik keseluruhan jumlah hutang sebelum tarikh akhir pembayaran. Tambah dengan kadar faedah yang agak tinggi, dicampur lagi dengan pelbagai caj bulanan, caj overlimit, dan sebagainya. Sebab itu lebih mudah gunakan pinjaman tunai online jika anda perlukan wang untuk apa-apa perkara yang tidak diduga. Perkhidmatannya pun agak pantas, di mana anda boleh dapat wang yang diperlukan secepat 24 jam.

Caj yang dikenakan juga agak murah. Cuba lihat sendiri kalkulator pinjaman di laman utama Cashwagon betapa caj yang dikenakan adalah rendah dan berpatutan. Yang paling best, selepas anda selesai membuat bayaran balik dalam masa beberapa bulan sahaja, anda boleh bergelar seseorang yang bebas hutang! Sementara itu, anda patut cuba untuk melunaskan hutang kad kredit anda secepat mungkin sebelum keadaan menjadi parah dan ia memburukkan skor kredit anda pula.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Jika Perlukan Wang Segera Namun Tiada Tabungan

Jika anda kesempitan wang namun ada bayaran kecemasan yang perlu dibuat dengan segera, cara paling mudah dan cepat adalah dengan membuat pinjaman tunai online atau atas talian. Dapatkan pinjaman segera di laman web Cashwagon di mana anda boleh mendapat pinjaman secepat 24 jam tanpa perlu menyediakan pelbagai dokumen.

Apr 01, 2019