NOTIS KEPADA PEMOHON PINJAMAN DI BAWAH
AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
("NOTIS")

  1. Cashwagon ("Cashwagon", "kami" atau "kita") dengan ini memaklumkan kepada anda, sebagai pelanggan kami yang dihargai atau pelanggan berpotensi atau pemohon pinjaman bahawa notis ini disampaikan kepada anda berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("APDP"). Bagi tujuan Notis bertulis ini, maksud "data peribadi" dan "pemprosesan" hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang termaktub dalam APDP.

    APAKAH JENIS DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL DAN BAGAIMANA KAMI MENGUMPULNYA

  2. Apabila anda memilih untuk memohon pinjaman dengan kami, kami akan memperoleh data peribadi mengenai anda melalui beberapa kaedah, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    • data peribadi seperti nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, pekerjaan, aset dan pendapatan daripada permohonan anda atau dalam bentuk-bentuk lain;
    • data peribadi dari laporan biro kredit, agensi pelaporan kredit, pihak berkuasa dan/atau syarikat;
    • data peribadi yang diperoleh semasa sesi pelantikan bersama kami atau semasa sesi penilaian; dan
    • komunikasi bertulis yang lain dengan kami atau dokumen yang diberikan kepada kami sebelum dan semasa menjalankan urus niaga kami.

    (semua perkara di atas akan secara kolektif dikenali sebagai "Data Peribadi")

    BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA

  3. Kami mengumpul maklumat peribadi supaya kami dapat:
    • Menerima dan memproses permohonan anda untuk pinjaman;
    • Menilai kebolehpercayaan kredit peribadi dan/atau komersial anda;
    • Membuat penentuan tentang risiko anda mungkir kewajipan anda kepada kami;
    • Melaksanakan (jika bersesuaian) penilaian risiko dan pengurusan yang melibatkan pensekuritian, pemarkahan kredit, analisis portfolio, pelaporan dan pencegahan penipuan dan pemulihan tuntutan;
    • Sekiranya permohonan anda berjaya, menyediakan pinjaman kepada anda dan menentukan terma apa yang akan kami lakukan;
    • Menguruskan akaun pinjaman anda dengan kami;
    • Untuk semua tujuan lain yang berkaitan dan berhubungan dengan mana-mana perkara di atas.

    PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA

  4. Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya anda tidak dapat membekalkan kami Data Peribadi anda, kami tidak akan dapat memproses permohonan anda. Kami tidak akan menggunakan Data Peribadi yang telah kami kumpulkan untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis ini tanpa persetujuan anda, atau di dalam keadaan di mana anda menjangka penggunaannya untuk tujuan tersebut.

  5. Juga, tidak dalam mana-mana hal akan kami meminta anda untuk mendedahkan kata laluan KWSP anda. Di samping itu, kami tidak akan membuat permintaan yang tidak perlu untuk Data Peribadi anda melalui e-mel atau telefon, melainkan anda memulakan hubungan dengan kami. Kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan maklumat yang dikumpulkan daripada anda selain tujuan yang telah dimaklumkan kepada anda, yang diberi kuasa oleh anda atau yang dikehendaki oleh undang-undang. Dari semasa ke semasa, kami boleh mendedahkan Data Peribadi anda kepada:

    1. Badan pelaporan kredit, agensi penarafan dan sebarang perniagaan yang memberikan maklumat mengenai kelayakan kredit dimana kami mempunyai aturan komersil;

    2. Penasihat kewangan anda (jika ada) jika dibenarkan oleh anda;

    3. Perunding kewangan kami.

    PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI YANG KAMI TERAPKAN

  6. Prinsip Keselamatan
    Kami memberi penekanan kepada keselamatan Data Peribadi anda dan akan mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi Data Peribadi anda dari sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tidak sah atau tidak sengaja atau pendedahan, pengubahan atau pemusnahan.

  7. Prinsip Pendedahan
    Semua Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan diproses dan digunakan di Malaysia. Walau bagaimanapun, jika Data Peribadi anda perlu dipindahkan daripada Malaysia untuk tujuan berkaitan dengan pinjaman anda dengan kebenaran anda, kami akan memastikan bahawa Data Peribadi tersebut hanya akan dipindahkan ke negara-negara yang mempunyai undang-undang perlindungan data bersamaan dengan APDP atau memberikan perlindungan yang lebih baik dari peruntukan APDP. Jika Data Peribadi anda perlu dipindahkan ke negara lain yang tidak mempunyai undang-undang perlindungan data atau undang-undang yang tidak memberikan perlindungan yang bersamaan dengan peruntukan APDP, kami akan memastikan bahwa semua pemproses dan pengguna data harus mematuhi semua peruntukan APDP.

  8. Prinsip Penyimpanan
    Kami bersetuju bahawa kami:

    1. hanya akan memproses Data Peribadi anda berdasarkan arahan yang diberikan oleh anda dan berdasarkan kepada APDP;

    2. mengambil langkah yang munasabah dari segi pentadbiran dan perkhidmatan teknikal untuk melindungi Data Peribadi daripada:
      1. sebarang pemprosesan atau penggunaan Data Peribadi yang tidak sah atau
      2. kehilangan atau pemusnahan Data Peribadi yang disebabkan oleh kecuaian kami;

    3. tidak akan menyimpan Data Peribadi anda lebih lama daripada yang dikehendaki untuk memenuhi tujuan sah yang dibenarkan oleh undang-undang.

  9. Prinsip Integriti Data
    Langkah-langkah yang munasabah akan diambil untuk memastikan Data Peribadi anda adalah tepat dan berkaitan hanya untuk tujuan yang sah ia diperoleh. Sila maklumkan kepada kami dengan menghubungi atau melawat pejabat kami apabila Data Peribadi yang diberikan sebelum ini menjadi salah atau tidak tepat.

  10. Prinsip Akses
    Tertakluk kepada pembayaran yuran, anda boleh meminta untuk pengaksesan dan pembetulan Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami. Borang tersebut boleh diperolehi dengan menghubungi kami atau melawat cawangan terdekat kami.

  11. Sekiranya anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kami telah melanggar prinsip yang dinyatakan dalam Notis APDP ini, kami menggesa anda untuk mengemukakan perkara ini kepada kami dengan meminta borang dari kami yang membolehkan anda menjelaskan dan menyatakan kebimbangan anda kepada kami.

  12. Di mana dinyatakan, khususnya dalam borang permohonan pinjaman, adalah wajib untuk membekalkan Data Peribadi anda kepada kami bagi membolehkan kami memproses permohonan pinjaman anda. Sekiranya anda memilih untuk menahan apa-apa Data Peribadi ini boleh menjejaskan permohonan anda dan / atau bagi kami untuk meneruskan permohonan pinjaman anda.

  13. Kami boleh menyemak dan mengemaskini Notis APDP ini dari semasa ke semasa dan akan meletakkan notis pindaan sedemikian melalui laman web kami yang boleh diakses https://cashwagon.my/my/general-terms-of-use atau pejabat kami atau melalui cara-cara lain yang kami fikirkan wajar. Dengan meneruskan hubungan anda dengan kami selepas komunikasi semakan dan kemaskini, anda dianggap telah menerima dan bersetuju dengan semakan dan kemaskini sedemikian.

    Polisi Privasi in telah dikemaskini pada November 2018.

  14. Prinsip Notis dan Pilihan
    Dengan membekalkan alamat, alamat e-mel, nombor telefon, nombor faksimili atau kaedah hubungan lain anda telah bersetuju dan menerima bahawa kami boleh menghubungi anda melalui surat, e-mel, panggilan telefon, faksimili atau kaedah lain. Adalah dimaklumkan bahawa anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan yang diberikan kepada kami untuk perkara-perkara di atas pada bila-bila masa secara melawat pejabat kami dengan melengkapkan borang yang ditetapkan.

  15. Bagaimana untuk menghubungi Cashwagon:

    ALAMAT: LOT RF 18, 1st Floor, Kelana Sentral SS6, Jalan Bahagia, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
    NO. HUBUNG/ NO. FAKS 1300-800-777
    EMEL info@cashwagon.my