Mengenai Kami

Cashwagon adalah platform untuk kewangan anda. Kami menawarkan perkhidmatan yang mudah dan pantas untuk mendapatkan pinjaman tunai segera tanpa masalah.

Cashwagon adalah penyedia perkhidmatan Teknologi Maklumat yang dinamik dan berpengalaman dan Penyedia Teknologi Kewangan (FinTech) yang diterajui oleh profesional industri antarabangsa dengan pengalaman yang ketara dalam FinTech dan IT. Dengan kehadiran di negara-negara lain di Asia Tenggara, tumpuan utama kami di Malaysia adalah perkhidmatan pembiayaan pengguna dalam talian yang menyediakan akses kepada pinjaman tunai dalam talian tanpa memerlukan cagaran, dokumen penting, prosedur kelulusan kompleks atau tempoh masa yang panjang. Dengan memperkenalkan perkhidmatan mikro pinjaman & kewangan untuk golongan yang tidak memenuhi kelayakan pinjaman dengan bank, kami bangga sebagai perintis kepada 100% perkhidmatan dalam talian ini di pasaran Malaysia.

Perkhidmatan kewangan Cashwagon dirancang untuk memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia dengan cara yang inovatif. Kami menggunakan teknologi canggih untuk membolehkan akses mudah ke perkhidmatan pinjam wang dan melengkapkannya dengan menawarkan masa pemulihan yang cepat.

Pelanggan kami menikmati proses pemindahan dana yang pantas, secepat 24 jam dari waktu kelulusan. Mereka boleh melengkapkan keseluruhan aplikasi secara dalam talian, tanpa penggunaan kertas kerja, prosedur kelulusan yang kompleks dan tuntutan wang yang rumit. Oleh itu, kami telah memperkenalkan cara baru mengikut keperluan kewangan rakyat Malaysia, memperkayakan dan menambahkan nilai kepada kehidupan mereka.

Cashwagon adalah syarikat yang diperbadankan dengan sewajarnya, didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia, dan secara rasminya dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan sebagai syarikat peminjam wang. Pendaftaran Syarikat: 1307511-K, No. Lesen: WL5476/10/01-7/270220, No. Permit: WP5476/10/01-3/270220.


Mengapa Percayakan Kami?

  • Pantas

    Proses pemindahan dana pinjaman kami adalah pantas kerana kami melakukannya dalam masa 24 jam waktu bekerja dari waktu permohonan pinjaman sehingga penerimaan dana pinjaman.

  • Mudah

    Hanya perlu mengisi borang permohonan secara atas talian di laman sesawang kami menggunakan komputer atau telefon bimbit anda.

  • Telus

    Keutamaan kami adalah memastikan ketelusan dalam butiran pinjaman anda. Membina kepercayaan dengan memastikan bahawa anda dimaklumkan dengan jelasnya tentang terma dan syarat pinjaman anda.
    Faedah dan caj perkhidmatan kami adalah seperti tertera di borang kalkulator kredit dalam laman sesawang, membolehkan pelanggan kami membuat pilihan berdasarkan kemampuan mereka.

  • Menyenangkan

    Elakkan masa beratur, prosedur permohonan yang rumit dan kelulusan yang memakan masa yang lama.

  • Permohonan Di Mana-mana Jua

    Tidak kira di mana anda berada di semenanjung Malaysia anda boleh memohon pinjaman daripada kami. Tidak perlu berkunjung ke Bank – nikmati penyelesaian kewangan di hujung jari anda.

  • Profesional

    Terdiri daripada kakitangan yang berpengalaman dan terpilih, pasukan kami mengekalkan kepuasan pelanggan yang tertinggi. Keperluan anda adalah keutamaan kami.